Wednesday, 7 November 2012

Kem Remaja Islam (KRIS) SMK Putatan

Bismillahirrohmanirrohim.. 

Dua minggu menempu peperiksaan akhir semester
terasa lelahnya.. tidak punya masa yg cukup untuk belajar
salah diri sendiri atau salah sistem. entah la.. 
Apa yang penting. mencuba juga sebaik yang mungkin. 
minggu pertama. 3 kertas ku lalui.. huh. bukan calang-calang susahnya.. 
hanya mampu tawakal sahaja saat ini. 

Selesai kertas ke tiga
menerima msg dari seorang sahabat.
katanya memerlukan bantuan fasi untuk satu program di SMK.Putatan. 
diikutkan hati tanpa berfikir dan pertimbangan pada rasa. 
aku memilih untuk menolak sahaja dan terus belajar pada hujung minggu itu. 
Namun ada sesuatu yang mendorong diri untuk hadir ke program tersebut. 
Syukur,
Ada beberapa sahabat lagi yang sanggup mengorbankan sedikit masa untuk menjadi fasi. 

Jumaat. 
Kami bertolak ke SMK Putatan menaiki kereta seorang senior.
Ingin sahaja membaca nota-nota yang ada sepanjang perjalanan. 
risau ditambah lagi dengan persediaan yang belum cukup untuk menjadi fasi
Allah. bukan calang-calang tugas ini. berubah atau tidaknya adik ini.. 
fasi juga bertanggungjawab. akan dipersoalkan nanti. 
tajdid niat! Allah pasti tolong. 
setibanya di perkarangan sekolah. agak lengang. ada program atau tiada.. 
rupanya semua peserta berkumpul di dewan sambil mendengar taklimat. ramainya adik2 ini.. 
kakak kagum melihat semangat kamu..


Bersama beberapa orang fasi. memperkenalkan diri kepada semua peserta. 
Moga-moga taaruf yang tidak sampai seminit ini. mampu memanjangkan ukhwah kita sampai bila2. 
Banyak yang aku lalui sepanjang program. agak berbeza suasananya dengan program di tempat sendiri
mungkin adik-adik ini tinggal berhampiran dengan bandar. mesti ada bezanya dgn yang tinggal di kampung
Tapi, keterbukaan mereka dalam meluahkan masalah dan rasa. membuatkan aku merasa,
tanggungjawab ini bukan mudah. amat. dan sangat BERAT. 

Melihat adik2 membina bangunan daripada lidi

Aku tidak berkesempatan mengikuti program hingga ke akhir.
memang terasa kejanggalannya, namun ada amanah lain yang harus ku langsaikan. 
tidak sempat menyampaikan kata-kata terakhir kepada adik-adik peserta. 

Buat adik-adik yang kakak sayangi,
perkenalan kita hanya sebentar cuma dik
tidak sempat bergelak tawa dan menangis bersama. 
hanya tahu nama dan tinggal dimana. 
namun itu sudah memadai, kerana kita memang saudara.. 
Apa yang kakak harapkan.. 
jadilah hamba yang taat dan anak yang soleh.. 
bukan untuk siapa-siapa..
hanya untuk pencipta.. 

ya dik..


Sayang kamu lillah <3

Wednesday, 27 June 2012

Bakat itu Anugerah

Assalamualaikum Warahmatullah..

       Tak terasa kejap saja masa berlalu
macam baru ja hari isnin. 
hari ni dah hari khamis..dan setiap hari khamis
kelas kami akan melakukan amali seni dalam pendidikan
subjek yang agak sukar bagi aku
sebab dari dulu aku sudah mengkategorikan diri sebagai seorang yang tidak ada bakal seni

bila cikgu masuk ke dalam kelas, ada tugasan yang diberikan kepada kami. 
ekspresikan perasaan atau diri anda dalam bentuk corak dan warna
setelah beberapa tahun aku tidak memegang berus dan warna
dan hari ini dalam sejarah juga akhirnya











Sungguh bakat itu bukan milik semua orang, jadi jangan pernah sia-siakan bakat yang Allah kurniakan kepada kita. Wallahulam..

Semangat untuk thabats!

Assalamualikum Warahmatullah... 

kelas habis awaldari yang biasa.. mungkin ada hikmah cikgu keluar awal
laju tanganku menggapaii lap top abah yang dipinjam sementara waktu.. 
masa kelas tadi. teringat kenangan menghadiri meeting KRC 2 hari yang lepas.. 
apa yang mampu ku katakan.. aku bangga dengan mereka.. Barisan pejuang menegakkan kalimah Allah!







Jiwa-jiwa yang bersemangat untuk terus thabats di jalan ini. perkuatkan ukhuwah antara kami Ya Rabb.. moga dapat menggapai syahid di jalanMu.. itu cita-cita tertinggi kami.. 



Tuesday, 19 June 2012

Tahniah dan Takziah buat diri

Bismillahirrahmanirrahim.


sedar tidak sedar.. sudah 21 tahun menapak di bumi yang tua.. 
tapi baru merangkak dan baru tahu apa itu tarbiyah!
adakah diri sudah terlambat.. sungguh tidak kata mereka.. 
kerana perlunya bersyukur kerana menerima hidayah.. 


bila hati sudah ditetapkan.. 
bukan senang-senang Allah nak lepaskan.. 
kena ada ujian.. 
baru tahu setebal mana iman.. 


Tahun ini sahaja.. diberi dua amanah yang besar. keduanya di tahap pimpinan..
Ya Rabb.., sungguh diri yang lemah ini tiada kelayakan.. 
lalu dimana lagi harus aku cari kekuatan.. ??

kadang-kadang rasa ingin sahaja menangis.. 
biar orang tahu daie ini punya hati serapuh kertas.. 
biar orang tahu.. diri ini belum pnya tarbiyah yang mantap.. 
Ya Allah.. mungkin ada hikmah atas ketentuanMu.. dan sekarang aku tahu.. 
penilaian untukku sedang berjalan.. 

Engkaulah sebaik-baik penghitung.. 
menghitung ikhlas mana niatku..besar mana usahaku.. dan setebal mana iman ku.. 

thabatskan aku Ya Allah..

amanah bukan seberat ini...


Monday, 19 March 2012

kebetulan yang ujian

Assalamualaikum Warahmatullah.. 

.. Alhamdulillah.. selesai hari pertama PBS untuk semster ini. semua berjalan lancar. dan berharap hari2 yang mendatang akan begini juga. bertolak seawal 6.20 pagi dari rumah.., terus hantar kakk angkat ke sekolah. lepas tu tunggu sahabat2 yang lain untuk sama2 ke sekolah.. 

...........................................
bila sampai di sekolah.. tercegat dan terkejut. rupa2nya sama tempat PBS ngan sahabat sorang ni. Aku mengelak dari semester 1 . Akhirnya.., terjumpa juga di semester 3.. 

Ramai pula sahabat2 IPG p sekolah yang sama dengan kami. Termasuklah nun dari jauh sana. Berkongsi pengalaman , suka duka menjadi seorang bakal guru.. menyebabkan suasana riuh rendah di bilik guru. Alhamdulillah juga, bila hari ni aku berpeluang untuk masuk mengajar ke kelas tahun 5 subjek bahasa Melayu. itupun sebab suami cikgu ne kawan baik dengan abah. so rapat la dengan dia. nervous yang tersangat bila ajar sebjek BM.. huhu.. , ini bukan makanan aku. Tapi sebagai seorang bakal guru. apapun yang diberi . kita harus terima dengan hati yang terbuka.. 

-my new family @ Sk. Timbang Dayang-

Thursday, 15 March 2012

Pejuang Muda, Imam Muda

Assalamualaikum Warahmatullah..

Alhamdulilah.., masih bernafas di hari jumaat.. penghulu segala hari..
awal aku membuka facebook hari ni.. ntah kenapa semakin addicted


Teringkat cerita dalam blog Saiful Islam.. bagaimana beliau pun terlalu kerap tercegat di depan facebook
berjam-jam.. ingtkan orang muda ja yg ter addicted sekarang ne..

tupP!.. muncul chat dari seorang adik yang study di "oversea" , key El tu kira oversea la kan

adik : Assalamualaikum kak, apa pkembngan Qiam kak?..
Aku : InsyaAllah berjalan lancar.. kakk pun baru ikut prkembangan sebab baru join meeting pengisian hari rabu lepas... kamu doa ja dari sana k..
adik : Sy doakan dari cni kak... jgn lupa doakan sy juga.. next week sy ada temuduga IMAM MUDA..
         doakan sy ya..
Aku : iya,, InsyaAllah dik.. buat terbaik k...
Adik : iya kak.. lagipun dia minggu lagi.. sy balik sabah da.. x sabar!
Aku  : bagus la.. berjuang cni pula....

diantara perbualan aku dengan adik.. 1st time kenal dia ne.. memang muka nmpak matang.. ingatkan sama umo.. apapun, rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh insan muda ini.. walaupun jauh beribu batu dari kawasan. tetap juga ambil tahu perkembangan di sini...

Semoga adik ni terpilih masuk IMAM MUDA.. ^^ InsyaAllah...







Wednesday, 14 March 2012

Kerendahan Hati

Assalamualikum Warahmatullah..

aku tertarik.. malah tidak malu untuk mengatakan..
bahawa AKU JATUH CINTA
bukan cinta pada hatinya.. 
tapi..
 pada tutur katanya, pada perwatakannya.. pada indah bahasanya.. pada tulus tulisannya.. 
siapa dia?
biarlah Penciptanya sahaja yang tahu.. 
namun kekagumanku pada dirinya.. tidak pernah mengatasi kekaguman pada penciptanya.. 
kerna DIA.. adanya dia.. 

lahirnya dia
mungkin memang dibekalkan keistimewaan sebegitu
agar mampu menarik hati-hati yang lalai seperti aku dan kita..
untuk pergi kepada ISLAM.. untuk kenal apa itu ISLAM
sungguh hikmah Allah sangat indah.. 

setiap kali insan ini berbicara.. 
pasti hati-hati yang berada dihadapannya akan merasai apa yang dia sampaikan.. 

ingin punya kelebihan seperti itu

dan insan ini berpesan..

" setiap kali engkau berkata-kata mahupun menulis.. letakkan KERENDAHAN HATI mu dihadapan..kerna hanya itu yang membezakan perkataan dan tulisanmu dengan orang lain..sungguh apa yang engkau sampaikan semuanya dari Allah S.W.T.., maka jangan pernah BANGGA "

SubahannAllah

_Gambar Hiasan_



diri yang hilang

Assalamualaikum Warahmatullah..

hampir seminggu berada di rumah.. rasa sekejap ja.. tapi bila di kampus.. kejap ja masa berlalu
mungkin kesibukan yang berbeza..
macam biasa.. cuti kali ini dipenuhi oleh kerja kursus@assigment yang berlambak..
Ya Allah... salah satu ujian di medan akademik yang engkau turunkan kepada hambamu..
moga aku kuat.. dan mereka juga kuat.. kerana kekuatan hanya dari Allah..

sejujurnya..
satu assgment pun belum bermula.. bukan begini yang diharapkan
sangat meleset dari azam sebelum cuti..
mungkin ada langkahku yang tersasar...
mungkin ada niatku yang tersalah..
hingga banyak masa yang terbuang begitu sahaja..

Ya Allah...
mohon digantikan hati yang baru..
mohon diperbetulkan langkah yang tersalah..
agar aku sentiasa membuka mata.. bahawa.. ini juga adalah JIHAD!

Jihad untuk meraih ilmuMu..

tuntun langkah ku Ya Allah...


..................................................................................................................


Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang (Ar Raad: 28)

Thursday, 23 February 2012

rangkul hidayah itu..

Assalamualaikum warahmatullah..

panas terik sebegini.. ingin sahaja dilelapkan mata sementara menunggu berkumandangnya azan zohor.. namun jari masih melakar kata-kata buat renungan aku , kau dan dia..

ingatlah duhai hati..

Bukan semua orang mendapat hidayah.. ada yang awal.. dan ada juga dikalangan kita yang agak lewat utnuk mendapatkannya..

menerima hidayah dari Allah S.W.T bagaikan diberi satu cahaya ketika kita berada dalam satu tempat yang amat gelap.. jadi wajarkah bagi kita menolak cahay tersebut.. dan membiarkan diri kita tetap dalam kegelapan ?

soal hidayah..

Dua orang sahabat yang amat aku sayangi pernah meluahkan sesuatu yang amat menggenbirakan hati..

.. "aku ingin berubah , pakai tudung labuh.. x pakai baju ketat2 dan pakai stoki mcm kamu2 ni..."
-sahabat 1-

   " aku suka sangat tengok orang pakai tudung labuh.. cute!, ingin pakai juga.. tapi susah la.. semua kena tukar.. lepas tu tudung yang labuh-labuh ne mahal nak beli.. " -sahabat 2-

Rasa ingin sahaja aku menangis bila mendengar luahan hati sahabat-sahabat ini.. siapa kata muslimah zaman sekarang telah jauh hanyut?, siapa kata remaa kita sekarang tiada lagi ruh Islam dalam hati?...

Inilah buktinya
bahawa masih wujud hati-hati yang mendambakan perubahan dalam diri
Inilah buktinya,
bahawa kita sudah mendapat hidayah dari Illahi.. SubahanAllah.. 

Agak terlalu panjang untuk berkongsi kata-kata ku kepada sahabat2 tadi.. cukuplah kita ingat.. bahawa untuk berubah kearah kebaikan itu..memang memerlukan kekuatan hati yang bukan calang-calang.. dan kekuatan itu perlu dipohon  dari ALLAH S.W.T..

seorang sahabat yang jauh pernah berpesan :

 "..Bila hati kita telah dicuit oleh hidayah Allah S.W.T.., maka rangkullah ia wahai sahabat. Kerna mungkin sahaja Allah memberikan hidayah itu pada detik itu sahaja dan takkan pernah menunggu kamu untuk menerimanya.. takut2 ada insan lain yang lebih bertuah telah dipilih oleh Allah S.W.T..."


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs551.snc3/30149_112901665417055_100000916665442_73546_7217710_n.jpg
-gapai dan rangkullah hidayah yang Allah beri.. Allah sayang kita!-

matahari & cermin mata hitam

Aku ingin jadi seperti matahari

mampukah duhai hati?

tatkala mentari tegak di atas bumi.. pasti silau mata-mata yang memandang.. sehingga kita menundukkan pandangan ke bumi..

perh! sakit...

tapi sebaliknya berlaku apabila kita memakai cermin mata hitam..

... andai seorang wanita itu meletakkan dirinya seperti matahari.. malu memagari diri.. insyaAllah.. akan tunduklah pandangan lelaki ajnabi..

dan cermin mata itu..

hanya akan diberikan pada seseorang yang cukup kuat untuk berkata dan membuktian..

Aku CINTA kamu kerana ILLAHI..


"Women should not be the moon which everyone see uncovered, but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it."

Wednesday, 22 February 2012

Bila engkau bergelar Daie

Assalamualaikum Warahmatullah.. ,

Tahniah! jika ada telah memilih untuk menjadi daie dan semoga anda sentiasa thabats di jalan yang penuh kesukaran ini..

untuk lebih mengtahui kelebihan menjadi seorang Daie.. [klik sini]

dan kali ini.. mari kita sama-sama sedar bahawa apabila anda bergelar daie.., kehidupan anda akan berbeza dari orang lain.. Bersedialah!

Kadang-kadang kita hairan ..

#Seorang Daie itu selalu sahaja tiada masa..
Kerana masanya dipenuhi dengan belajar, membuat tugasan akademik dan  pergi ke program-program

#Seorang daie itu selalu sahaja ada masalah kewangan..
Kerana duitnya digunakan untuk menambah dana untuk program atau mencukupkan keperluan

#Seorang Daie itu tiada masa utk baca novel-novel cinta atau pergi ke panggung wayang
Kerana dia perlu membaca buku2 ilmiah sebagai pengisian kepada tazkirahnya dan perlu banyak tengok video-video yang Islamik.

#Seorang daie itu selalu sahaja berdiam seperti sedang berfikir..
Kerana mindanya ligat berfiikir tentang masalah ummat.. tentang ISLAM..

#Seorang daie itu selalu sahaja lupa akan sesuatu hal atau urusannya..
Kerana fikirannya sesak dengan hal atau masalah orang lain.. yang hendak diselesaikannya..

#Seorang daie itu sangat jarang berada di rumah dan di samping keluarganya..
Kerana dia perlu mengorbankan masa untuk masyarakat yang memerlukannya..

Banyak lagi pengorbanan seorang daie yang perlu kita selami.. 
Walaupun kehidupannya tidak seindah seperti orang lain.. namun da merasakan NIKMAT
kerana perasaan, jiwa, fizikalnya, harta dan masa telah diserahkan pada perjuangan.. 
kerana dia yakin pada janji Allah..

.
.
.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (surah Muhammad ayat 7)

DAN

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)



Hablumminallah wa Hablumminannas

Assalamualaikum Warahmatullah

.. akhlak itu terbahagi kepada tiga :
1. Baik kepada Allah tetapi bersikap buruk kepada Manusia
2. Baik kepada Manusia tetapi bersikap buruk kepada Allah
3. Baik kepada Allah dan MAnusia

Lama berfikir mengenai hakikat ini., rasanya kita sendiri sedar dimana diri kita.. dan mungkin jjuga ada yang tidak pernah sedar.. ,

Ingin berkongsi dengan sahabat2, 

Akhlak yang kita tonjolkan mencerminkan peribadi kita sebagai seorang Muslim.. jika kita gagal menonjolkan akhlak sebagai muslim yang sejati,, maka gagal lah kita merai redha Allah..

Pernah terfikir ,
Jika baik manapun hubungan kita dengan manusia di dunia ini.. tidak pernah menyakiti orang lain.. dan orang lain memandang tinggi kepada kita..

Adakah Allah juga memandang kita sebegitu rupa?

Ingatlah duhai hati.. , matlamat hidup kita adalah mengejar redha Ilahi(mardhotillah) , maka apa-apa sahaja tujuan dan pergerakan kita di bumi ini adalah untuk merai pandangan dari ALLAH.. bukan MANUSIA..

Jagalah hubungan kita dengan ALLAH.. dan InsyaALLAH.. akan terpeliharalah hubungan kita dengan MANUSIA


Cintai ALLAH lebih dari segalanya.. 

Sunday, 19 February 2012

Menjaga Hati..

Assalamualaikum Warahmatullah..

semasa mengikuti program kemarin.. aku sempat bertemu dengan serang adik.. yang merupakan junior di kampus..

Masa mula2 adik ni mendaftar di kampus.. aku tak berani nak senyum dengan dia.. sebab muka ala2 garang ja.. senyum pun jarang..

So. aku pun buat muka slumber ja dengan dia.. bila lama-lama kenal.. barulah aku tau yang adik ne memang jenis macam tu.. memang Allah ciptakan kita berbeza-beza..

Tapi sekarang dia lagi mesra dan sangat suka berbual..

waktu rehat : aku bercerita dengan adik ni.. cerita pengalaman dia di semenanjung.. cerita pengalaman masa mula2 nak datang Sabah.. cerita tentang perjuangan di semenanjung.. dan cerita tentang HATI..

Selalunya adik-adik yang lagi muda daripada aku akan mengadu soal hati.. macamana nak prevent itu ini..
dan aku mengaku kelemahan aku dalam bab ini kerana bukan muda bagi kita nak terangkan bab ikhtilah kalau kita sendiri masih dibelenggu masalah tersebut... aku juga sedaya upaya untuk menjauhinya..

Aku bertanya pandangan adik ni..

dan dengan tenang aku menerima jawapan yang sudah memadai bagi aku..

"Kakak.. hawa adalah antara golongan yang paling kerap menerima ujian hati.. sekuat manapun orang tu.. pasti Allah uji dengan hati.. dengan CINTA.. tapi ada banya cara macammana kita nak elak benda tu.. jangan CINTA menjadi FITNAH.. kita kena ada usaha.. usaha ke arah menjaga hati kita.. kalau kita diuji melalui sms .. kenapa kita layan?, kalau kita diuji dengan status or chat2 d fb..kenapa kita tak remove?.. sebab kita selalu anggap diri kita ni LEMAH.. kuatnya diri datang dari pemikiran kita.. kalau kita yakin. InsyaAllah.. Allah akan permudahkan.. "

..lancar ja adik ne bercakap dengan loghat Pahang dia.. dan Alhamdulillah.. aku masih boleh faham.. ^^

best juga kadang2 dengar nasihat dari orang yang lagi mudah dari kita.. pemikiran dorang len ckit.. , tpi sangat masuk ke dalam HATI..

dan aku ingin menjaga HATI.. :(


..tuntun langkah ku Ya Rabb.. sungguh sukar menjaga hati dan pandangan..

hanya yang LAYAK..

Assalamualaikum Warahmatuulah..

"orang yang sabar ialah orang yang menyembunyikan UJIAN yang dilaluinya"

Betullah penyataan ini.. tapi bagi aku.. tiada salahnya kita berkongsi pengajaran daripada ujian yang kita lalui .. agar mampu menjadi peringatan kepada orang lain. Bukanlah hendak highlight yang aku baru menerima ujian .. kerana kita semua pasti saban hari menerima ujian. hanya berbeza situasi dan berat mana ujian itu.. 

Bila kita berhadapan dengan sesuatu masalah,, tentu sahaja hati meronta.. kadang-kadang rasa ingin sahaja lari jauh-jauh dari masalah.. tapi bila kita lihat semula..kenapa masalah tu didatangkan kepada kita .. padahal mudah sahaja bagi Allah meletakkannya pada orang lain selain kita.. 

jawapannya : kerana Allah PILIH kita.. 

hanya kita yang mampu menanggung masalah tersebut.. dan hanya kita yang layak menerima ujian tersebut.. kerna Allah sahaja yang tahu sejauh mana kita boleh bertahan.. 

Sungguh Allah sangat kenal dengan hambanya... 
melebihi seorang ibu dan ayah mengenal akan anaknya... 

Oleh itu... 

tidak wajarlah hati bertanya lagi.. MENGAPA aku?.. MENGAPA tidak orang lain..

kerna AKU yang LAYAK...

Wallahualam...

Saturday, 18 February 2012

Fasilitator hebat!

Assalamualaikum Warahmatullah..

"Fasilitator yang hebat adalah pemudahcara yang mampu membawa perubahan kepada ahli2 dalam kumpulannya.."

Baru sahaja selesai bengkel fasilitator di masjid An-Nur Tuaran.. Alhamdulillah.. program berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. tujuan utama bengkel ini ialah untuk melatih adik-adik yang bakal menjadi fasilitator pada program-program yang akan datang.. 

berjumpa dengan adik2 di tuaran.. tiba2 rindu dengan adik2 yg berada di kawasan..
semoga mereka semua terus istiqamah dalam perjuangan..

Kali ini diberi tugas sebagai fasilitator untuk melatih bakal-bakal fasilitator
bukan tugas mudah.. sedang aku baru mula bertatih dalam bidang ini.. 
namun dikuatkan juga.. kerana klu dikira pada kelayakan "Tiada Siapapun yang Layak"
persediaan rapi diperlukan sebelum berjumpa dengan adik2.. syukurlah modul setiap LDK telah disediakan dengan lengkap.. 

Bagaimana nak melatih fasi sedangkan aku pun belum pernah mandapat latihan sebegini..
tak pa.. aku sedang melatih dan dilatih...
Semua pengisian tadi sangat bagus untuk dihadam oleh para fasilitator.. 
dan tinggi la harapan agar adik2 mampu menjadi fasi yang baik kepada mad'u2 di luar sana..

InsyaAllah.. 






Friday, 17 February 2012

jawatan itu hanya di DUNIA..

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.., masih berkelapangan untuk menulis..
aku ingin selalu menulis
.. kerana tulisan ini mampu menggerakkan hati dan mindaku untuk lebih berfikir..

sejak kebelakangan ini.. semakin banyak tugasan yang perlu disiapkan..
beberapa jawatan juga perlu disandang..
Bila aku berfikir tentang jawatan.. tentunya ada yangg di atas.. dan ada yang di bawah..

Bila kita di atas..
takut-takut ada rasa riak di hati..
bila kita di bawah..
mula rasa diri tak dihargai dan diyakini.

Ingatlah wahai hati-hati yang dicintai Allah S.W.T..
jawatan yang kita sandang hanya pada pandangan manusia. Allah tak memandang tinggi mana jawatan kita..
tapi Allah menilai sejauh mana kita melaksanakan amanah yang diberi dengan baik dan bersungguh-sungguh..

IKHLASkanlah niat di hati.. setiap kerja yang kita lakukan.. hanya kerana DIA...

Menanti dengan sabar

Assalamualaikum Warahmatullah..

menikmati renyai hujan di bumi tua ini..
basah lagi kita dengan rahmat Allah.. moga mampu memberi kebasahan pada hati2 yang selalu kering

Ya Allah...
aku ingin mengadu lagi.. mengadu kepadaMu..
kerna tiada sesiapa yang memahi selain daripada Mu..
namun aku sandarkan pada tulisan ku ini agar aku bisa selalu melihatnya..
agar selalu segar di anak mata dan mata hati insan yang selalu lupa..
bahawa aku pernah meminta..dan aku perlu berusaha..

Saat ini Ya Allah..
Aku sedang menanti.. menanti dia yang menyintaiMu..
menanti insan yang telah Engkau tentukan..
aku tidak tahu ya Allah.. malah sangat jauh dari jangkauan ilmu ku..
hanya berpegang dengan kata2 Mu. bahawa Engkau mencintai orang-orang yg bersabar..

Aku ingin berada dalam golongan itu.. yang sentiasa punya rasa SABAR..

saat penantian ini.. aku hebat diuji ya Allah..
namun ujian-ujian inilah yang membuatkan aku untuk lebih kehadapan..
berjuang mencari CintaMu.. agar sentiasa mekar CINTA itu di hati..

pegang erat HATI ku Ya Allah..
jangan serahkan pada insan lain sebelum aku berjaya merai CINTAMU..


mungkin terlalu jauh lagi.........

dan terjatuh lagi..

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah.. ,
hati bertanya kepada hati.. dihubungkan terus kepada sang pencipta...
berapa kali lagi aku harus jatuh.. dan terus jatuh..
kadang-kadang aku rasa penat Ya Allah.. namun Engkau masih ada..
tetap menyayangi , tetap menyintai..

lalu pada siapa lagi aku harus berharap selainMu.. ?

adakah mereka juga diuji seperti aku.
atau lebih berat daripada ini.. hanya aku sahaja yang cepat mengeluh..

adakah mereka juga menerima ujian hati..
ujian yang selayaknya pada kaum hawa...
disini diuji kekuatan ku Ya Allah... diuji..dan terus diuji..
entah sampai bila.. mungkin sampai hujung nyawa..

Aku terima Ya Allah...

Aku redha...

Kerna itu sahaja yang membuatkan aku merasa hadirnya CINTA MU..

tiapkali aku rebah..cintaMu datang menyapa..meniup hati yang lemah.. untuk bangkit kembali bersama..

Alhamdulillah..


sungguh  aku sedang mentarbiyah hati.. biar.. biar parah kerana sakit.. kerana pulihnya membawa 
BAHAGIA!

Monday, 6 February 2012

Jgn hebat perancangan

Assalamuaikum Warahmatullah...

terus bertatih berjuang di bumi Allah.. smoga kita semua tetap thabats dalam perjuangan ini..

Sedikit perkongsian mengambil kata-kata seorang sahabat tmpoh hari..

.."Kita ni jangan terlampau hebat dalam merancang sesuatu.. tapi tiada pelaksanaan.. "

Terkesan di hati saya..
bahawa ramainya antara kita pada masa kini.. yang sangat suka dalam merancang..
tapi sangat lemah dalam pelaksanaan..


muhasabah diri...

Wednesday, 1 February 2012

Politik I

Assalamualaikum Warahmatullah.. ,

Post pertama buat bulan ini.. memandangkan tuntutan kerja yang semakin banyak..
Semoga dipermudahkan Allah S.W.T..

Masuk bulan februari., isu pilihanraya semakin hangat .
Bila balik kampung hari tu.. terkejut nampak bendera-bendera parti politik yang da mula berkibar..
Selama ni bendera Malaysia .. x pula pasang kat rumah2, pintu gerbang ka... ;p

Tapi itulah hakikat sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Dulu aku tak berminat ambik tau pasal politik., yang aku tau bila dah besar comfirm aku undi parti yg "tuuu"..
Bila naik sekolah menengah, mula buka minda sikit bila cikgu2 and kaka2 senior cerita pasal politik..
tapi aku still tak berminat.. sbb hanya ada 1 di hati..

Bila masuk degree ni..
mula la cuba membuka lagi minda untuk belajar tentang dunia politik..
dah la ambik opsyen yang kira closed sangat dengan 2 politik ni., bila x tau apa2..
pensyarah cakap pla yg diri ni kurang membaca and x alert dengan isu semasa..
nak tak nak.. I must know a little bit about POLITICS..

Bila da naik sem ne, rasa best pla baca sal politik..
malah aku pernah nak simpan hasrat nak jadi wakil rakyat.. ehem..

Cikgu sejarah aku pernah kata :-

" Kita sebagai guru sejarah , bukanlah memegang nama sebagai ahli politik, org politik or sebagainya.. kita hanya pengkritik.. dan tak berpihak kepada sesiapa" ..

Maksudnya lebih kurang macam ni la, bila kita jadi cikgu. kita janganlah sokong parti politik tertentu depan2 student. especially bila cakap pasal bab ni depan student. kita kena jadi neutral. Bukan maksudnya kita tak undia mana-mana parti. itu hak kita untuk menentukan kerajaan. Tapi undi tu RAHSIA.. so pandai2 la cover.. ^^

Apapun. Dari hati yang menginginkan perubahan.. semoga politik di Malaysia.. sentiasa membawa kebaikan kepada Agama dan rakyat .. InsyaAllah... 

Wallahualam..

Monday, 30 January 2012

Masa Muda Ini


Assalamualaikum Warahmatullah..

Sebelum mata lelap terlena..
Ingin berkongsi kata-kata seorang murabbi.. masa kuliah Subuh yang lepas..
Walaupun tak sepenuhnya.. ini adalah antara yang disampaikan dan begitu melekat di hati..
“ Masa kamu muda-muda (belum khawin)ni, banyakkan beribadat kepada Allah S.W.T, banyakkan mengahdiri majlis-majlis ilmu.. berjuanglah selagi mana kamu mampu.. kerana kamu masih kuat!, bila da khawin nanti.. kamu diuji dengan keluarga anak dan sebagainya.. “

Terdetik di hati…
Berapa banyak sudah masa muda yang aku buang begitu sahaja..
Hanya tinggal sedikit waktu lagi ..
Semoga ia dapat digunakan dengan sebaik mungkin..

…….tuntun langkahku Ya Allah……


Dia Pejuang…



Ya Allah..
Doa ini dari hati yang sangat mengharapkan redhaMu..
Moga Engkau perkenankan dan bantulah hati ini untuk bertahan..

Dia pejuang..
Entah kenapa hati selalu berkata begitu..
Mungkin melihat kesungguhannya dalam menggerakkan agama Allah..
Tapi dia juga insan biasa.. punya hati dan perasaan..
Dan ku mohon Ya Allah..
Kuatkan dia untuk menghadapi godaan dunia..
Thabatskan langkahnya untuk terus berjuang dalam Addin ini..

Aku takut..
Takut dia jatuh pada fitnah terbesar bagi kaumnya
Takut lemah akan semangatnya untuk berjuang..
Takut dia tersalah langkah..
Aku mohon Ya Allah…
Kurniakan dia insan yang mampu menemani perjuangannya..
Insan yang mampu membimbingnya tatkala alpa dan leka tika berjihad..

Kabulkan doakan ku Ya Rabb..

Amin


Alhamdulillah..

Selesai semua yang dirancang untuk minggu ini..

Cuti berakhir dengan kegembiraan dan kesyukuran yg amat sangat..
Moga usaha yang kecil mampu membantu di akhirat kelak..
Rrindu dengan gelagat adik2.. semoga mereka terus istiqamah di jalan ini .. InsyaAllah..
Hanya berdoa dari kejauhan..
Banyak ilmu baru yang diperoleh.. harap dapat dimanfaatkan..

Siiapa lagi nak bela agama kita…!

Jom Jihad!

( ..rindu brcamping walaupun x tdo dlm khemah.. )


Thursday, 26 January 2012

Kuatlah hati!

Assalamualaikum Warahmatullah.. ,

Terasa makin Allah uji hati ini,
kuatkah aku?
terlalu banyak yang perlu dilaksanakan.. mungkin agak jarang berada dalam keadaan sibuk..
Semoga ini yang membuat langkah ini makin dekat dengan mu Ya Allah..

Amin Ya Rabb..


Ya Allah.. kasihani hambaMu.. :( jangan biar aku jauh dariMu..

Tuesday, 24 January 2012

Tazkirah 1 ; Profession yang Special!




Assalamualaikum Warahmatullah..

 Alhamdulillah.. selamat sampai di rumah selepas semalaman melihat keindahan ciptaan Allah di bumi Kundasang.. sejuk!.. sesejuk hati yang selalu disiram tarbiyahMu.. indah!.. seindah jiwa yang selalu diselaputi cintaMU.. ,

Sungguh aku rindu..

Kerna ia bagaikan tenggelam dan timbul dari hati..

Sepanjang perjalanan.., mindaku ligat berfikir.. berfikir tentang status sebagai hamba di muka bumi ini.. benar kita hamba.. tapi kadang2 hati terlupa yang kita ni hamba.. rasa malu pula.. :(

      Dilahirkan disini.. oleh seorang ibu yang sangat tinggi kesabarannya.. dibesarkan dan dididik oleh mereka-mereka yang sudah lama bertatih di alam ini.

Kini, aku pula belajar.. bagaimana untuk mendidik.., dan InsyaAllah.. 2 tahun setengah lagi akan keluar sebagai seorang PENDIDIK. Satu profession yang menjadi cita2 ku sejak dulu lagi.

Pada umur yang meningkat ke 21 tahun :-
Aku mula sedar.. bahawa .. ada 1 lagi profession yang harus kugalas seumur hidupku.. profession yang mungkin agak lewat untuk ku mengenalinya.. tapi amat bersyukur kerana masih di diberi peluang..

DAI’E

Indah nama ini.. meski tanggungjwab yang besar dituntut bila seseorang memegang amanah ini..

Mengapa aku katakan ianya special ?,
Kerna ianya boleh dilakukan walau kita memegang tittle profession yang lain.. agak mustahil bila mendengar “ Aku seorang doctor, juga seorang guru”.. tapi bila menyebut soal Dai’e , tak kira la kita guru, doctor, jurutera, jururawat atau apapun pekerjaan.. kita boleh buat tugas sebagai seorang Dai’e.. 

Hebatkan!

Bila ada guru yang fikir.. tugas ni amanah dr KPM or parents.. tapi Dai’e ni jelas2 amanah dr ALLAH!
Bila jadi Guru.. bulan2 gaji masuk kat akaun.. tp jadi Dai’e ..Bukan stakat bulan2 .. setiap saat Allah boleh top up pahala dalam ekaun kita.. bleh jadi bekalan masuk syurga ! pergh.. hebat2 ..
Inilah profession yang paling best kat dunia ni.. siapa buat dia untung.. tapi jangan lupa.. asal nama profession.. mesti ada cabaran.. cabaran jadi Dai'e lagi besar dari mana2 professiOn..yg lagi best.. keja ni xda pencennya.. 

Doktor berdepan camna nak selamatkan nyawa orang.. tapi Dai’e…
Berdepan cmana nak selamatkan AKIDAH orang !

--Selamat Beramal--



"Semua pun Tak Layak =**=”


Assalamualaikum Warahmatullah...

Kaki baru melangkah ke dalam dewan yang memuatkan peserta-peserta Qiam yang pertama untuk tahun ini.. ramai adik-adik yang datang.. Alhamdulillah.. semoga bertambah di masa akan datang..


Antara adik2 yang hadir...
Berjumpa dengan sahabat2 seperjuangan yang sibuk membuat kertas kerja.. tekunnya mereka semata-mata untuk memastikan program untuk mingggu in berjalan lancar.. dan usaha inilah yang dipandang oleh Allah S.W.T ..

Melihat adik-adik AJK  khusyuk mendengar kuliah maghrib yang disampaikan juga oleh seorang adik , yang baru tingkatan 5 tak silap. Tapi ilmu dan cara penyampaiannya.. SubahanAllah.. cukup untuk menarik hati adik-adik  peserta  untuk lebih dekat dengan Islam..InsyaAllah.

Selepas bersalaman dengan sahabat2.. aku duduk di bahagian belakang dewan.. memandangkan kuliah maghrib hampir tamat dan aku ingin melihat semula risalah yang kami sediakan untuk program Qiam bulan ini. Takut ada yang tersalah …..

Sedang fokus membaca.. didatangi oleh seorang sahabat yang mengetuai bahagian pengisian pada hari itu. Alhamdulillah bila tiada komen yang diberikan dengan risalah yang kami hasilkan..

.. Cerita bertukar pada program yang akan berlangsung pada hujung minggu ini..

Dia merangkap pengarah program dan aku sebagai timbalan pengarah.. , walaupun pernah bergerak kerja bersama dalam AJK pengsian pada program yang lalu.. tapi masih agak kekok. Mungkin cara kerja kami yang berbeza.. ,

Dia mula bertanya tentang perkembangan gerak kerja dan aku memberi laporan secara ringkas berdasarkan pemerhatian  terhadap beberapa AJK.. , rasa gementar bekerja dengan orang-orang yang hebat bagi aku. Sedang aku baru mula merangkak.., diberi pula tanggungjawab yang besar atas dasar ingin memberi sebuah pengalaman..

Sedang asyik berbincang.. aku sendiri tak sedar bila mengungkapkan “Inilah kali pertama dan terakhir aku memegang jawatan sebagai  T. Pengarah.. , rasa tak layak pula”.. Ya Allah.. aku sendiri tak sedar.. adakah ayat itu dari hati atau sengaja mengisi ruang perbualan yang makin mati..

Aku dapat melihat perubahan pada wajah sahabat tadi..,mungkin dia mula berfikir yang aku terbeban dengan tugas ini.. rasa bersalah muncul dengan ayat-ayat yang aku keluarkan tadi. Memalukan diri dihadapan seorang Muslimin yang amat komited dengan kerja-kerja Islam.. seolah-olah aku mewakili barisan muslimat yang tidak sanggup menerima amanah! , ingin saja menarik balik kata2 itu..

..terkeluar kata-kata ini dari mulutnya .. dan itulah tamparan paling hebat buat seorang yang sentiasa menganggap dirinya lemah..

“Kalau nak fikir pasal kelayakan.. semua pun tak layak.. , terbeban??”..

Kick jgk la ayat,..Aku cepat-cepat menidakkan.. , sebab memang rasa tidak terbeban melainkan hanya rasa tiada kelayakan untuk menyandang tugas itu… ,

Mengakhiri perbualan dengan rasa penyesalan yang amat2 hebat.


Pengajaran : Fikir sebelum bercakap ^^
-Wallahualam-

Monolog 2 ; Sedetik bersama dia


Assalamualaikum Warahmatullah..

Sedikit perkongsian dari hati yang terkesan dengan kata-kata seorang sahabat..



Pada program Qiamullail yang lalu, aku sempat bertemu dia.. seorang sahabat yang juga merupakan sahabat sejak dari tingkatan 4 lagi.. pernah menjadi rakan sebilik.. namun kini terpisah oleh laut cHina Selatan kerana masing-masing mengejar cita .. namun tetap punya misi yang sama.

Malam itu ..
Mata dikerah agar tidak terus terlelap.. kerna bukan senang untuk bersamanya.. ingin sahaja aku habiskan masa meluahkan semua masalah yang terbuku di hati.. untuk dia dengar dan beri nasihat..
Alhamdulillah.. , aku punya seorang sahabat yang sabar untuk mendengar.. seperti sahabat2 yang lain..
Kata-katanya menyelinap ke setiap relung hati.. nasihatnya sangat berhikmah.. hingga aku sedar..

Inilah manisnya ukhwah.. , SubhanAllah..

Antara nasihat yang sempat terakam di hati.. ,
-          “Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. , Allah ada di mana2..”
-          “Sentiasalah hubungkan hati kita dengan Allah.. selalu mengadu dengan Allah..”
-          “Bentukkan molekul positif dalam diri kita .. “
-          “Sentiasa muhasabah diri.. dan kita tak akan sedar dari setiap ujian yang menimpa kita jika kita tak muhasabah diri.. “
-          “Tarbiyah Allah ada di mana2.. dan yakinlah dengan janji ALLAH!”

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya ke arah jalan yang diredhai Allah ….<3