Ya Allah.. ,
hati bertanya kepada hati.. dihubungkan terus kepada sang pencipta...
berapa kali lagi aku harus jatuh.. dan terus jatuh..
kadang-kadang aku rasa penat Ya Allah.. namun Engkau masih ada..
tetap menyayangi , tetap menyintai..
lalu pada siapa lagi aku harus berharap selainMu.. ?
adakah mereka juga diuji seperti aku.
atau lebih berat daripada ini.. hanya aku sahaja yang cepat mengeluh..
adakah mereka juga menerima ujian hati..
ujian yang selayaknya pada kaum hawa...
disini diuji kekuatan ku Ya Allah... diuji..dan terus diuji..
entah sampai bila.. mungkin sampai hujung nyawa..
Aku terima Ya Allah...
Aku redha...
Kerna itu sahaja yang membuatkan aku merasa hadirnya CINTA MU..
tiapkali aku rebah..cintaMu datang menyapa..meniup hati yang lemah.. untuk bangkit kembali bersama..
Alhamdulillah..
sungguh aku sedang mentarbiyah hati.. biar.. biar parah kerana sakit.. kerana pulihnya membawa
BAHAGIA!
No comments:
Post a Comment