Assalamualaikum Warahmatullah...
Kaki baru melangkah ke dalam dewan
yang memuatkan peserta-peserta Qiam yang pertama untuk tahun ini.. ramai
adik-adik yang datang.. Alhamdulillah.. semoga bertambah di masa akan datang..
|
Antara adik2 yang hadir... |
Berjumpa dengan sahabat2
seperjuangan yang sibuk membuat kertas kerja.. tekunnya mereka semata-mata
untuk memastikan program untuk mingggu in berjalan lancar.. dan usaha inilah
yang dipandang oleh Allah S.W.T ..
Melihat adik-adik AJK khusyuk mendengar kuliah maghrib yang
disampaikan juga oleh seorang adik , yang baru tingkatan 5 tak silap. Tapi ilmu
dan cara penyampaiannya.. SubahanAllah.. cukup untuk menarik hati
adik-adik peserta untuk lebih dekat dengan Islam..InsyaAllah.
Selepas bersalaman dengan sahabat2..
aku duduk di bahagian belakang dewan.. memandangkan kuliah maghrib hampir tamat
dan aku ingin melihat semula risalah yang kami sediakan untuk program Qiam
bulan ini. Takut ada yang tersalah …..
Sedang fokus membaca.. didatangi
oleh seorang sahabat yang mengetuai bahagian pengisian pada hari itu.
Alhamdulillah bila tiada komen yang diberikan dengan risalah yang kami
hasilkan..
.. Cerita bertukar pada program
yang akan berlangsung pada hujung minggu ini..
Dia merangkap pengarah program dan
aku sebagai timbalan pengarah.. , walaupun pernah bergerak kerja bersama dalam
AJK pengsian pada program yang lalu.. tapi masih agak kekok. Mungkin cara kerja
kami yang berbeza.. ,
Dia mula bertanya tentang
perkembangan gerak kerja dan aku memberi laporan secara ringkas berdasarkan
pemerhatian terhadap beberapa AJK.. ,
rasa gementar bekerja dengan orang-orang yang hebat bagi aku. Sedang aku baru
mula merangkak.., diberi pula tanggungjawab yang besar atas dasar ingin memberi
sebuah pengalaman..
Sedang asyik berbincang.. aku
sendiri tak sedar bila mengungkapkan “Inilah
kali pertama dan terakhir aku memegang jawatan sebagai T. Pengarah.. , rasa tak layak pula”.. Ya
Allah.. aku sendiri tak sedar.. adakah ayat itu dari hati atau sengaja mengisi
ruang perbualan yang makin mati..
Aku dapat melihat perubahan pada
wajah sahabat tadi..,mungkin dia mula berfikir yang aku terbeban dengan tugas
ini.. rasa bersalah muncul dengan ayat-ayat yang aku keluarkan tadi. Memalukan
diri dihadapan seorang Muslimin yang amat komited dengan kerja-kerja Islam..
seolah-olah aku mewakili barisan muslimat yang tidak sanggup menerima amanah! ,
ingin saja menarik balik kata2 itu..
..terkeluar kata-kata ini dari
mulutnya .. dan itulah tamparan paling hebat buat seorang yang sentiasa
menganggap dirinya lemah..
“Kalau
nak fikir pasal kelayakan.. semua pun tak layak.. , terbeban??”..
Kick jgk la ayat,..Aku cepat-cepat menidakkan.. ,
sebab memang rasa tidak terbeban melainkan hanya rasa tiada kelayakan untuk
menyandang tugas itu… ,
Mengakhiri perbualan dengan rasa
penyesalan yang amat2 hebat.
Pengajaran : Fikir sebelum bercakap
^^
-Wallahualam-