masih lagi aku berpijak di bumi ini.. menghela setiap nafas hasil dari udara yang DIA bekalkan..
berdegup lagi jantung tanpa henti hasil dari perancanganNYA..
mencari erti hidup...
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah) kepada-Ku".(QS. 51:56).
faham akan maksudnya..
tapi berat hendak menunaikannya... kenapa?
Sesungguhnya kejahilan dalam diri berpunca dari hati-hati yang jahil tentang Ilmu..
"IlMu Agama"
Jika kita hanya hebat dengan ilmu2 dunia sahaja... masih kosong hidup kita..
Ilmu Allah tu kena cari.. ilmu Islam itu kena gali.. kalau tak nak kita buta Hati..
Aku tak malu mengaku aku jahil.. meski dari sekolah agama kononya.. tapi aku jahil!
buta menilai segalanya.. dan pernah aku kira aku sedah terlambat..
hingga satu saat..
Aku 'dipungut'
dipungut dari kotoran-kotoran yang menjijikkan..
Oleh tangan-tangan suci yang DIA kirimkan.. terima kasih Tuhan..
masih sudi memandangku.. yang sudah hanyut jauh....
tapi.................
No comments:
Post a Comment